Kursus ini mempersiapkan pelajar untuk menghayati etika dan peradaban yang wujud dalam masyarakat kepelbagaian etnik di Malaysia untuk memperteguhkan pemikiran kritikal dan analitikal mereka bagi menangani kehidupan yang lebih mencabar. Pengisian kursus ini memfokuskan kepada penghayatan etika dan peradaban dalam acuan Malaysia. Pelajar akan didedahkan dengan dinamika konsep etika dan peradaban yang menjadi kekuatan kepada pembentukan negara Malaysia berdasarkan susur masa evolusi sejarahnya dari era pra-kolonial sehingga ke pasca-kolonial. Kefahaman tentang pembentukan etika dan peradaban dalam masyarakat kepelbagaian dibincangkan bagi meningkatkan penghayatan etika dan peradaban ke arah pemantapan kesepaduan nasional dan bangsa Malaysia. Peradaban acuan Malaysia perlu dikupas serta diperdebatkan dalam aktiviti akademik berpandukan Perlembagaan Persekutuan sebagai tapak integrasi dan wahana etika dan peradaban. Pembinaan kesepaduan nasional amat dipengaruhi oleh globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang kompleks. Oleh kerana itu, penghayatan etika dan peradaban menzahirkan perilaku tanggungjawab sosial dan digerakkan pada peringkat individu, keluarga, komuniti, masyarakat, dan negara. Justeru, perubahan yang berlaku dalam masyarakat dan pembangunan langsung ekonomi telah membawa cabaran baru dalam mengukuhkan kelestarian etika dan peradaban di Malaysia. Amalan Pendidikan Berimpak Tinggi (HIEPs) dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mendalami kursus ini. (pengajaran & pembelajaran).
Module Coordinator
Muhamad Atlizan bin Darlis
Ext: 2828
Email: atlizandarlis@imu.edu.my
Lecturer
Siti Dahliah binti Mohd Nasir
Ext: 1352
Email: sitidahliah@imu.edu.my
Lecturer
Sharina binti Abdullah
Email: sharinaabdullah@imu.edu.my
Kepada semua pelajar,
Pembelajaran:
Sesi pembelajaran bagi modul ini adalah secara bersemuka (face to face). Sila rujuk kepada jadual yang di muatnaik ke dalam sistem TIMS/portal IMU untuk memastikan tarikh bagi setiap sesi aktiviti pembelajaran. Modul ini akan dibahagikan kepada sesi bersemuka dan asynchronous. Bagi sesi asynchronous, pelajar dikehendaki menonton sesi rakaman kuliah yang dimuatnaik (upload) di elerning portal sebelum hadir ke sesi bersemuka. Sila pastikan anda turut terlibat aktif sewaktu sesi pembelajaran yang telah ditetapkan. Sila rujuk Panduan modul untuk lebih lanjut.
Seperti anda maklum, modul MPU merupakan modul WAJIB dan semua topik (Topik 1 hingga Topik 9) mengandungi aktiviti seperti sesi bersemuka, asynchronous, kuiz, tutorial dan forum atas talian. Kehadiran pelajar akan di ambil semasa sesi bersemuka sewaktu di dalam kelas dan ianya adalah WAJIB untuk pelajar dan ia merupakan mekanisme untuk menandakan kehadiran anda (attendance). Kegagalan anda untuk memenuhi 75% daripada kedatangan (attendance) akan menyebabkan pelajar di halang untuk menduduki Peperiksaan Akhir dan pelajar akan dikira GAGAL.
Tugasan & Penilaian:
Tugasan dan penilaian bagi modul ini mengandungi Tugasan Individu (Tugasan 1), Tugasan Berkumpulan (Tugasan 2). Portal elearning boleh menghubungi pihak elearn di E-learning helpdesk and support